Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isu tudung jururawat: PM Lee jangka umum keputusan pemerintah di Rapat Hari Kebangsaan akhir Ogos

Apr 10, 2021 | 3:20 PM
ISU TUDUNG DAN JURURAWAT: PM Lee menjangkakan akan mengumumkan keputusan pemerintah di Rapat Umum Hari Kebangsaan pada akhir Ogos ini.
ISU TUDUNG DAN JURURAWAT: PM Lee menjangkakan akan mengumumkan keputusan pemerintah di Rapat Umum Hari Kebangsaan pada akhir Ogos ini. -

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau berharap mengumumkan keputusan Pemerintah mengenai pemakaian tudung semasa bertugas dalam kalangan jururawat Muslim di Rapat Umum Hari Kebangsaan pada akhir Ogos nanti.

Bercakap kepada media selepas mengadakan dialog tertutup dengan pemimpin masyarakat Melayu Islam pada Sabtu (10 April), Encik Lee berkata perbincangan yang diadakan sangat bernas dan membantu pemerintah menganjak perbincangan tersebut ke tahap selanjutnya.

"Saya harap untuk mengumumkan keputusan Pemerintah bagi para jururawat Muslim kita di Rapat Umum Hari Kebangsaan nanti," ujar beliau.

Sementara itu, Encik Lee mengingatkan keperluan bersikap hati-hati dalam membolehkan jururawat memakai tudung, dengan mengambil kira konteks kaum berbilang bangsa dan agama di sini.

"Semestinya, perubahan yang mahu diperkenalkan harus memperkukuhkan ruang bersama kami dan bukan mengecilkan. Kami tidak mahu timbul salah faham atau kesan buruk lain yang tidak diingini, yang boleh menggugat keharmonian negara kita," ujar Encik Lee.

Turut menghadiri sesi dialog di Kelab Perkhidmatan Awam di Balestier itu adalah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg