Topik diikuti
Pergi ke BHkuIsu wakil minoriti jadi tumpuan awam

PANEL SEMAKAN: Hakim Besar (CJ) Sundaresh Menon (kanan) mempengerusikan Suruhanjaya Semakan Perlembagaan Presiden Dipilih (EP), yang turut dianggotai oleh mantan Speaker Parlimen, Encik Abdullah Tarmugi (dua dari kiri), yang juga anggota Jawatankuasa Presiden bagi Hak Minoriti serta mantan duta ke Amerika Syarikat.
Aug 20, 2016 | 5:30 AM
Isu wakil minoriti jadi tumpuan awam
KEPENTINGAN melindungi perwakilan minoriti menjadi tumpuan semasa sidang awam dengan orang ramai tampil memberi pandangan dan saranan berhubung semakan sistem Presiden Dipilih (EP) yang kali pertama diumum Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Parlimen pada 27 Januari lalu.
Suruhanjaya Perlembagaan sembilan anggota yang dipengerusikan Hakim Besar (CJ) Sundaresh Menon, termasuk mantan Speaker Parlimen, Encik Abdullah Tarmugi, yang juga anggota Jawatankuasa Presiden bagi Hak Minoriti serta mantan duta ke Amerika Syarikat, dibentuk bagi menyemak beberapa aspek EP Singapura yang diperkenal pada 1991.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti