Premium
Iswaran gesa penjaja dakap digital, manfaat bantuan
Pemerintah turut kerah duta digital bantu penjaja terangkan cara guna e-pembayaran
Jun 12, 2020 | 5:30 AM
GALAK PENJAJA DAKAP PENDIGITALAN: Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran menyertai lebih 50 penjaja dalam webinar yang diadakan semalam untuk berkongsi tentang inisiatif Hawkers Go Digital. - Foto MCI -
PENDIGITALAN membolehkan perniagaan berterusan meskipun terdapat sekatan seperti yang dialami semasa pandemik Covid-19.
Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran berkata demikian sambil menggalakkan lebih ramai penjaja di pusat makanan menyertai usaha menyediakan pilihan pembayaran secara elektronik.

