Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iswaran mengaku salah pada hari pertama perbicaraan

Sep 24, 2024 | 10:32 AM
Mantan Menteri Pengangkutan, S. Iswaran, mengaku bersalah atas lima pertuduhan pada 24 September, hari pertama perbicaraan kes mahkamahnya di Mahkamah Tinggi.
Mantan Menteri Pengangkutan, S. Iswaran, mengaku bersalah atas lima pertuduhan pada 24 September, hari pertama perbicaraan kes mahkamahnya di Mahkamah Tinggi. - Foto EPA-EFE

Mantan Menteri Pengangkutan, S. Iswaran, mengaku bersalah atas lima pertuduhan pada 24 September, hari pertama perbicaraan kes mahkamahnya di Mahkamah Tinggi.

Perbicaraannya dijadualkan berlangsung beberapa bulan hingga Mac 2025.

Iswaran 62 tahun menyatakan yang dia akan mengaku salah atas lima tuduhan.

Peguam Iswaran, Encik Davinder Singh berkata: “Anak guam saya akan mengambil tindakan tertentu, memandangkan fakta bahawa pihak pendakwaan tidak lagi meneruskan pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah.”

Pada sekitar 10.05 pagi, mahkamah ditangguhkan beberapa minit untuk pertuduhan pindaan dibacakan kepada Iswaran sebelum pengakuan dibuat.

Iswaran pada asalnya menolak pertuduhan dan dakwaan yang dibuat terhadapnya dan menegaskan dia tidak bersalah.

Dalam satu kenyataan selepas dia pertama kali didakwa pada 18 Januari, Iswaran berkata: “Saya tidak bersalah dan kini akan memberi tumpuan untuk membersihkan nama saya.”

Pada 24 September, Iswaran tiba di Mahkamah Tinggi sekitar 9.25 pagi.

Orang ramai telah beratur seawal 5 pagi di luar mahkamah untuk menyaksikan perbicaraan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg