Topik diikuti
Pergi ke BHkuITE giat bimbing pelajar melangkah ke laluan seterusnya

PENDEDAHAN GLOBAL: Sekumpulan pelajar ITE ini telah ke Lyon, Perancis, bagi mengikuti kursus dua minggu di sekolah kulinari Institut Paul Bocus beberapa tahun lalu. Lebih ramai pelajar ITE bakal berpeluang mengikuti program serupa di luar negara. - Foto fail -
Feb 29, 2016 | 5:30 AM
PELAJAR Institut Pendidikan Teknikal (ITE) kini mempunyai program lebih berstruktur bagi membantu mereka menimbangkan pilihan kerjaya dan pendidikan mereka selepas lulus ITE.
Sejak tahun lalu, setiap kolej ITE - Kolej Central di Ang Mo Kio, Kolej Timur di Simei dan Kolej Barat di Chua Chu Kang - mempunyai enam kaunselor Bimbingan Pendidikan dan Kerjaya (ECG) sepenuh masa, atau sejumlah 18 kaunselor bagi ketiga-tiga kolej itu.
