Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

ITE, Prudential kerjasama bantu pelajar kuasai kemahiran di tempat kerja

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

ITE, Prudential kerjasama bantu pelajar kuasai kemahiran di tempat kerja

Feb 09, 2024 | 02:49 PM



Sekitar 3,000 pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan beroleh manfaat daripada pelbagai kursus tenaga kerja yang mempersiapkan mereka untuk masa depan – yang terhasil daripada kerjasama antara Prudential Singapura dan ITE.

Kerjasama itu, yang dirasmikan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) pada 8 Februari, bertujuan melengkapkan para pelajar ini dengan kemahiran dan kecekapan penting di tempat kerja serta meningkatkan kebolehpasaran kerjaya mereka.

Sebagai sebahagian daripada program Ekosistem Penglibatan Bakat (TEE-Up) Prudential, daya usaha itu merangkumi kursus seperti automasi, celik kewangan, kecerdasan buatan (AI) generatif dan pemikiran rekaan atau ‘design thinking’.

Perjanjian tiga tahun itu juga bakal menyaksikan penuntut ITE mengambil bahagian dalam pelbagai program latihan dan bimbingan.

Di samping itu, Prudential akan mengadakan ceramah industri selain perjalanan pembelajaran untuk pelajar ITE bagi membantu mereka memahami dan menghargai penggunaan teknologi dan amalan kemampanan dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Menerusi program TEE-Up Prudential ini, para pelajar dapat mengakses lebih daripada 300 sumber video di media sosial, menampilkan temu bual dengan profesional, petua dan cara untuk menjadi lebih produktif dan kisah-kisah keusahawanan yang diketengahkan.

Pelajar juga digalak untuk berkongsi pengalaman latihan mereka dan mencipta kandungan bersama.

Sejak ia dirintis pada 2022, TEE-Up telah menjalin kerjasama dengan lima politeknik di Singapura, menghubungkan pelajar dengan lebih 120 pembimbing industri.

Kerjasama dengan ITE merupakan satu pengembangan usaha ini, bertujuan untuk menyediakan generasi akan datang mengharungi cabaran dunia korporat.

Ketua Pegawai Pengedaran dan Ketua Pegawai Pembangunan Korporat Prudential Singapura, Encik Ben Tan, menekankan kepentingan kerjasama ini dalam menyediakan pelajar untuk perubahan teknologi yang pesat di tempat kerja.

Beliau menarik perhatian kejayaan penglibatan dengan pelajar ITE sebelum ini dan melahirkan keyakinan bahawa kerjasama yang diperluaskan itu akan memperkasakan lagi golongan muda di sini.

“Kerjasama kami dengan ITE adalah bukti komitmen bersama kami untuk memupuk kerjaya dan membina kecekapan yang disasarkan.

“Dalam dunia yang sedang menyaksikan perubahan dinamik seperti teknologi yang berkembang pesat, adalah lebih penting daripada sebelumnya untuk mempersiapkan para pelajar untuk bekerja.

“Melalui TEE-Up, pelajar akan dapat menggunakan apa yang telah mereka pelajari di sekolah dan memperoleh kemahiran teknikal dan kehidupan yang penting, menyediakan mereka untuk tenaga kerja masa depan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif ITE, Cik Low Khah Gek, melahirkan rasa terima kasih kepada Prudential atas sokongan mereka dalam memberi bimbingan kepada para pelajar ITE. 

Beliau berkata: “Bimbingan bukan sekadar berkongsi ilmu. Ia juga lebih kepada membentuk masa depan dan membina jambatan yang menghubungkan aspirasi dengan pencapaian.

“Dalam aspek ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Prudential kerana hadir untuk menyokong kami dan memberi pelajar kami alat yang diperlukan untuk membentuk masa depan mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >