“

UNTUK memenuhi permintaan bagi pembelajaran gunaan, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan menawarkan enam kursus diploma bekerja-belajar baru tahun depan, menjadikan jumlah 30 program tersebut. Enam kursus baru itu adalah dalam bidang kejuruteraan kabin pesawat, kejuruteraan penyelenggaraan pesawat, operasi dan pengurusan awan, pengurusan acara, pengurusan kecergasan, dan optisianri. Program diploma bekerja-belajar teknikal itu, yang dilancarkan pada 2018, biasanya mengambil masa dua setengah hingga tiga tahun.

“

Ini bertujuan menyediakan laluan berdasarkan kemahiran untuk lulusan ITE meningkatkan diri dan membina kerjaya mereka. Pelajar diambil bekerja oleh syarikat rakan kongsi sebagai kakitangan bergaji sepenuh masa, dan 70 peratus masa kurikulum terdiri daripada latihan di tempat kerja.

“

Mereka dianugerahkan sijil diploma setelah tamat program itu. Pada Selasa (8 Dis), 230 syarikat menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan ITE di bawah program itu.

Mereka akan menawarkan 850 tempat untuk pengambilan baru pada April 2021.

“

Ini naik daripada 182 pelatih di 41 syarikat pada 2018 apabila program itu dimulakan.