Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jabatan Pilihan Raya pastikan keselamatan pengundi, sedia pelan luar jangka

Apr 3, 2020 | 11:39 AM
PASTIKAN KESELAMATAN SEMUA: Rang Undang-Undang Pilihan Raya Parlimen (Aturan Khas Covid-19) mengandungi peruntukan perundangan yang diperlukan bagi membenarkan ELD melaksanakan urusan sementara demi memastikan keselamatan pengundi, calon dan pegawai pilihan raya semasa pilihan raya Parlimen diadakan pada atau sebelum 14 April 2021.
PASTIKAN KESELAMATAN SEMUA: Rang Undang-Undang Pilihan Raya Parlimen (Aturan Khas Covid-19) mengandungi peruntukan perundangan yang diperlukan bagi membenarkan ELD melaksanakan urusan sementara demi memastikan keselamatan pengundi, calon dan pegawai pilihan raya semasa pilihan raya Parlimen diadakan pada atau sebelum 14 April 2021. - fail

JABATAN Pilihan Raya (ELD) akan membentangkan usulan rang undang-undang yang membolehkan pilihan raya umum dapat dilaksanakan dengan selamat, dan melaksanakan segala pelan luar janka sebagai langkah pencegahan sekiranya pilihan raya dilaksanakan semasa penularan Covid-19.

Ini dinyatakan ELD dalam kenyataannya hari ini sebagai menjawab pertanyaan media berhubung rang undang-undang pilihan raya parlimen (Aturan Khas Covid-19).

"Kesihatan dan keselamatan pengundi, calon dan pegawai pilihan raya adalah penting untuk kita. Seperti diterangkan di Parlimen, Pilihan Raya Umum harus diadakan sebelum 14 April 2021. Melihat kepada keadaan Covid-19 yang pantas berubah, ELD mesti membuat perancangan di luar jangka dengan melaksanakan langkah-langkah pencegahan demi memastikan sebuah pilihan raya yang selamat, sekiranya pilihan raya umum mendatang berlangsung ditengah-tengah situasi Covid-19," kata ELD.

Rang Undang-Undang Pilihan Raya Parlimen (Aturan Khas Covid-19) mengandungi peruntukan perundangan yang diperlukan bagi membenarkan ELD melaksanakan urusan sementara demi memastikan keselamatan pengundi, calon dan pegawai pilihan raya semasa pilihan raya Parlimen diadakan pada atau sebelum 14 April 2021.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg