Apabila Cik Suhaila Sulaiman terpandang satu poster bagi kelas agama ‘senyap’ di sekitar kampus universitinya, hati beliau tergerak untuk menyertainya.

Tersentuh hingga menitiskan air mata dengan bacaan surah Al-Fatihah dalam bahasa isyarat oleh seorang wanita pekak, pengalaman itu membuka hatinya untuk mendalami bahasa isyarat.