Jakarta mahu ketua persatuan bola sepak yang lari ke S'pura diekstradisi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jakarta mahu ketua persatuan bola sepak yang lari ke S'pura diekstradisi

Apr 5, 2016 | 9:40 AM

Jakarta mahu ketua persatuan bola sepak yang lari ke S'pura diekstradisi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
La Nyalla Mattalitti dikatakan melarikan diari setelah dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah bulan lalu.
La Nyalla Mattalitti dikatakan melarikan diari setelah dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah bulan lalu. - INTERNET

JAKARTA: Indonesia sedang memohon ekstradisi ketua persatuan bola sepak negara itu yang melarikan diri ke Singapura selepas dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah bulan lalu.

La Nyalla Mattalitti, pengerusi Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), didakwa terlibat dalam kes rasuah melibatkan geran daripada pentadbiran wilayah Jawa Timur kepada Dewan Perniagaan dan Industri (Kadin) Jawa Timur sebanyak 5.3 bilion rupiah ($545,650).

Dia juga menjadi ketua umum Kadin Jawa Timur.

Geran itu ialah bagi pembelian saham Bank Jatim, yang dimiliki wilayah itu, pada 2012, menurut laporan media.

Seorang pegawai Kementerian Luar Indonesia memberitahu pemberita pada Isnin (4 Apr) bahawa pihaknya masih menunggu permohonan ekstradisi oleh Pejabat Peguam Negara.

"Kami akan memprosesnya dengan segera apabila ada permintaan," kata pegawai itu.

La Nyalla dipercayai terbang dari Jakarta ke Malaysia sebelum memasuki Singapura bulan lalu.

Indonesia dan Singapura telah menandatangani perjanjian ekstradisi, tetapi Parlimen Indonesia belum mengesahkannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg