Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jalan ditutup bagi Pesta Deepavali pada Jumaat

Oct 26, 2016 | 10:43 AM
Serangoon Road dinyalakan dengan pertunjukan cahaya Deepavali pada 17 Sep.
Serangoon Road dinyalakan dengan pertunjukan cahaya Deepavali pada 17 Sep. - GAMBAR THE STRAITS TIMES

BEBERAPA jalan akan ditutup bagi Pesta Deepavali 2016 pada Jumaat (28 Okt).

Burmah Road dan Birch Road, antara Serangoon Road dan Farrer Park Station Road, akan ditutup kepada lalu lintas kenderaan dari 4 petang Jumaat hingga 4 pagi Sabtu (29 Okt).

Akses ke jalan itu dalam tempoh tersebut akan diberi hanya kepada polis dan kenderaan kecemasan.

Sekatan letak kenderaan di sepanjang jalan pinggiran akan dikuat kuasa dengan tegas, kata polis dalam satu kenyataan pada Rabu (26 Okt).

Kenderaan yang diletak di situ dan didapati menghalang jalan raya akan ditunda.

Bagi pertanyaan lanjut, penganjur acara itu, HJ Events, boleh dihubungi di 8413-0295.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg