Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jalan sekitar Kg Glam ditutup bagi tempoh tertentu; diharap rancakkan kawasan

Jul 23, 2022 | 5:30 AM
- Foto BH oleh KHALID BABA
- Foto BH oleh KHALID BABA -

ANDA boleh jangkakan suasana bebas kenderaan di beberapa kawasan Kampong Glam menyusuli langkah menutup semula beberapa jalan raya di sana mengikut jadual yang ditetapkan.

Di Baghdad Street dan Bussorah Street, penutupan akan berlaku setiap Jumaat antara 3 petang hingga 1 pagi keesokan harinya, sementara pada Sabtu, Ahad, sehari sebelum cuti umum dan pada cuti umum, ia ditutup mulai 12 tengah hari hingga 1 pagi.

Di Haji Lane (gambar atas) dan Bali Lane, penutupan dilakukan dari Isnin hingga Jumaat antara 3 petang dengan 1 pagi, sementara pada Sabtu, Ahad, sehari sebelum cuti umum dan pada cuti umum antara 12 tengah hari dengan 1 pagi.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata ini akan membenarkan kegiatan yang dirancang di samping menjaga keselamatan awam serta sikap kejiranan yang baik juga di sekitar jalan raya terjejas.

Menurutnya lagi, usaha itu akan membolehkan kegiatan perniagaan, budaya dan masyarakat dianjurkan di jalan-jalan raya ini, dan membenarkan pelawat dari semua peringkat usia untuk berjalan bebas sementara meneroka kawasan tersebut - justeru menambah kerancakan dan tarikan Kampong Glam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg