Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jalani ibadah korban bantu dana pertingkat madrasah

Madrasah Wak Tanjong adakan acara ibadah korban di tiga tempat bantu projek Nur Ala Nur
Apr 28, 2024 | 5:30 AM
Selain melakukan ibadah korban bersama Madrasah Wak Tanjong, orang ramai juga berkesempatan menyokong pembinaan bangunan tambahan madrasah, yang telah melahirkan ramai cendekiawan Islam di sini.
Selain melakukan ibadah korban bersama Madrasah Wak Tanjong, orang ramai juga berkesempatan menyokong pembinaan bangunan tambahan madrasah, yang telah melahirkan ramai cendekiawan Islam di sini. - Foto MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH

USTAZAH MASNIA NASSIM

Suatu masa dahulu, upacara korban merupakan antara acara tahunan yang amat dinanti-nantikan di Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.

Setiap kali datangnya musim Hari Raya Haji, Madrasah Wak Tanjong sibuk dengan pelbagai persiapan untuk upacara penyembelihan haiwan korban ini, seperti menyiapkan khemah khas untuk kambing biri-biri. Selain menyediakan kawasan khas untuk agihan daging korban dan bagi yang akan menjalankan penyembelihan. Khususnya mantan mudir madrasah ini, Allahyarham Ustaz Mohd Noor Taib, akan mengasah alat-alat penyembelihan dengan rapi dan tajam, agar semuanya mampu berjalan lancar.

Apabila tiba Hari Raya Aidiladha, selepas sahaja solat Raya Haji yang juga dijalankan di bangunan Madrasah Wak Tanjong, upacara korban akan dimulakan di padang tersedia. Pada masa itulah mereka yang ingin berkorban atau sohibul korban, dan terutamanya waris pelajar, menggunakan peluang ini membawa anak-anak mereka menyaksikan upacara korban tersebut.

Acara korban ini bukan sahaja sebagai mengumpul dana tambahan bahkan sebagai menghidupkan syiar Islam.

Namun masa berlalu sudah, upacara korban secara terbuka ini tidak lagi dilakukan di sini sejak beberapa tahun lalu. Sejak itulah madrasah hanya mewakilkan Ahli Jawatankuasa Madrasah Wak Tanjong atau ejen-ejen yang kami lantik untuk melaksanakan ibadah korban di luar Singapura. Antaranya seperti di Indonesia, Kemboja dan sejauh Australia.

Bagi tahun 2024, Madrasah Wak Tanjong tetap akan mengadakan acara korban sebagai kegiatan mengumpul dana kami dan ia akan dijalankan di tiga tempat, seperti korban kambing di Banten, Indonesia, korban lembu di Phnom Penh, Kemboja. Bagi mereka yang ingin mendapatkan daging korban kambing biri-biri yang dibekukan dan dibawa pulang ke Singapura, ibadah korban mereka bakal dijalankan di Australia.

Orang ramai yang mempunyai kelebihan dan ingin menjalankan ibadah korban tahun ini, sokonglah Madrasah Wak Tanjong, sekali gus membantu projek peningkatan Nur Ala Nur. Projek ini bertujuan mengumpul dana untuk bangunan tambahan di madrasah ini. Anda boleh hubungi kami di talian 6741-0131 atau terus datang ke pejabat kami pada waktu pejabat.

Untuk menghulur derma kepada Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, anda boleh membantu dan melakukan dengan:

1. PayNow: UEN S55MM0002D.

2. Penghantaran cek atas nama ‘MADRASAH WAK TANJONG AL ISLAMIAH’.

3. Pembayaran secara Nets dan tunai di pejabat madrasah di 589 Sims Avenue Singapura 387600.

4. Imbas kod QR yang tertera.

5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Madrasah Wak Tanjong di talian 6741-0131.

Penulis merupakan mudirah Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg