Jalin hubungan dengan sekolah SAP, sertai peraduan kebangsaan
Premium
Jalin hubungan dengan sekolah SAP, sertai peraduan kebangsaan
Jul 29, 2019 | 5:30 AM
JALIN HUBUNGAN: Kakitangan dan pelajar Sekolah Tinggi Chung Cheng (Utama) melawat Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah semasa Ramadan dan Syawal lalu untuk memahami budaya dan amalan masyarakat Melayu/Islam. Sekolah SAP itu akan menjadi tuan rumah lawatan pelajar madrasah sempena perayaan musim luruh bulan depan. - Foto MADRASAH AL-MA'ARIF AL-ISLAMIAH -
MADRASAH Al-Ma'arif Al-Islamiah telah melaksanakan beberapa usaha untuk merangsang pembangunan menyeluruh pelajar dan meluaskan rangkaian hubungannya dengan masyarakat.
Antara lain, mereka menjalin kerjasama dengan Sekolah Tinggi Chung Cheng (Utama), yakni sekolah Rancangan Bantuan Khas (SAP), untuk memupuk persahabatan dan persefahaman budaya dalam kalangan pelajar.

