Premium
Jambatan bagi lindungi haiwan hutan simpanan di Mandai
Ia dilancar bagi baik pulih kawasan dilindungi di Mandai; hubung dua kawasan Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah
Dec 7, 2019 | 5:30 AM
JAMBATAN HIDUPAN LIAR MANDAI: Jambatan yang hubungkan dua kawasan dilindungi di Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah (CCNR) dilancarkan semalam. Ia sebahagian rancangan membaik pulih kawasan terlindung di Mandai. - Foto MANDAI PARK HOLDINGS -
SINGAPURA maju selangkah lagi dalam rancangan 10 tahunnya untuk membaik pulih kawasan dilindungi di Mandai selepas sebuah jambatan yang menghubungkan dua kawasan dilindungi di Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah (CCNR) dilancarkan semalam.
Jambatan Hidupan Liar Mandai yang dilancarkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga. Encik Desmond Lee, itu bukan untuk kegunaan manusia tetapi bertujuan membolehkan haiwan melintas Mandai Lake Road dengan selamat.

