USAHA mengagihkan daging korban terus dilaksanakan Jamiyah Singapura sebagai sebahagian daripada program tahunan pengagihan daging korban mereka pada tahun ini.
Sehingga semalam, Jamiyah telah melakukan sebanyak 19 pengagihan daging korban kepada penderma yang menunaikan kewajipan ibadah korban mereka bersama Jamiyah dan juga keluarga berpendapatan rendah di seluruh Singapura.
Jamiyah akan bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) untuk menghantar daging korban kepada lebih 460 keluarga berpendapatan rendah di kawasan Limbang di Yew Tee, Keat Hong dan Brickland di Choa Chu Kang, dan Taman Jurong pada hujung minggu ini.
Tahun ini, Jamiyah akan mengagihkan daging korban kepada sekitar 4,200 keluarga di 17 kawasan undi.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg