Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jamiyah agih daging korban kepada 550 keluarga susah

Sep 20, 2021 | 5:30 AM
BANTU RINGAN BEBAN: Cik Meenachi (tengah) menerima habuan daging korban daripada Cik Rahayu (kiri) dan Encik Abdul Halim (kanan) di pengagihan daging korban Jamiyah di gelanggang bola keranjang berdekatan Blok 266 Bukit Batok East 4 semalam. - Foto BH oleh ZULAIQAH ABDUL RAHIM
BANTU RINGAN BEBAN: Cik Meenachi (tengah) menerima habuan daging korban daripada Cik Rahayu (kiri) dan Encik Abdul Halim (kanan) di pengagihan daging korban Jamiyah di gelanggang bola keranjang berdekatan Blok 266 Bukit Batok East 4 semalam. - Foto BH oleh ZULAIQAH ABDUL RAHIM -

SERAMAI 550 keluarga berpendatan rendah di empat kawasan undi menerima sumbangan 2 kilogram daging korban kelmarin dan semalam, sebagai sebahagian daripada program tahunan pengagihan daging korban Jamiyah Singapura.

Dua pengagihan dikendalikan di Pasir Ris East dan Pasir Ris Central untuk 150 penduduk GRC Pasir Ris-Punggol dan satu lagi kepada 100 penduduk GRC Choa Chu Kang. Daging korban juga diagihkan kepada 150 penduduk GRC Jurong (Bukit Batok East) dan 150 penduduk SMC Mountbatten SMC semalam.

Pengagihan itu adalah yang ke-11 oleh Jamiyah sejak ia mula pada 31 Julai lalu.

Daging korban itu adalah sumbangan penderma yang membuat ibadah korban mereka bersama Jamiyah tahun ini. Pengagihan dibuat dengan kerjasama Persatuan Rakyat.

Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan) dan Penasihat GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, yang hadir di acara itu di gelanggang bola keranjang berdekatan Blok 266 Bukit Batok East 4 semalam, memuji usaha itu.

"Dalam waktu sukar seperti sekarang ini, ia meringankan beban keluarga yang terjejas oleh pandemik," kata beliau kepada Berita Harian.

"Apa yang juga indah mengenai usaha ini adalah ia menjangkaui masyarakat yang berbeza. Saya punya keluarga bukan Muslim yang juga meraih manfaat daripada pengagihan ini."

Antara benefisiari yang ditemui semalam ialah penduduk Bukit Batok East, Cik Meenachi Sunder Raju, 69 tahun.

"Terimakasih atas sumbangan ini, Saya akan masaknya dan makan bersama anak-anak saya," kongsi beliau.

Pengagihan itu turut menyaksikan relawan tampil menyumbang tenaga mengagihkan habuan kepada benefisiari yang tidak dapat hadir secara fizikal atas sebab kesihatan.

Ketua jabatan pembangunan dan pendekatan masyarakat Jamiyah Singapura Encik Abdul Halim Aliman menyambut baik penglibatan relawan dalam usaha ini.

"Jadi, ini bermakna semua orang yang perlu diberikan daging itu, mereka akan mendapatnya," tambahnya.

Semalam, relawan daripada kumpulan motosikal Haemo Panthera bantu mengagihkan daging korban ke rumah benefisiari kawasan Bukit Batok East.

Tahun ini, Jamiyah akan mengagihkan daging korban kepada sekitar 4,200 keluarga di 17 kawasan undi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg