Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jamiyah hulur bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan di Jalan Besar

Dec 26, 2020 | 5:11 PM
ACARA AGIH MAKANAN: Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapore, Cik Denise Phua (kanan) dan Presiden Jamiyah, Prof (Adj) Dr Mohd Hasbi Abu Bakar (kiri), membantu seorang penduduk memilih buah-buahan yang disediakan oleh Bank Makanan Jamiyah.
ACARA AGIH MAKANAN: Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapore, Cik Denise Phua (kanan) dan Presiden Jamiyah, Prof (Adj) Dr Mohd Hasbi Abu Bakar (kiri), membantu seorang penduduk memilih buah-buahan yang disediakan oleh Bank Makanan Jamiyah. - ALPHONSUS CHERN

SERAMAI 100 keluarga yang memerlukan telah menerima habuan daging korban termasuk bahan makanan segar keperluan yang diagihkan oleh Jamiyah Singapura di kawasan undi Jalan Besar pada Sabtu (26 Dis).

Antara bahan makanan yang diagihkan termasuk buah-buahan, sayur, makanan beku serta beras.

Daya usaha yang dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Kampong Glam dan diadakan di Kelab Masyarakat Jalan Besar itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jamiyah Singapura bagi menghulurkan bantuan kepada masyarakat setempat terutama sewaktu tempoh yang sukar ini.

Turut hadir di acara itu ialah Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapore, Cik Denise Phua.

Mengulas, Cik Phua, yang juga merupakan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, berkata: "Saya amat gembira dengan inisiatif yang dijalankan ini. Ia merupakan salah satu usaha Divisyen Kampong Glam dalam membantu meningkatkan mutu kehidupan keluarga yang berpendapatan rendah.

"Kami berharap ia dapat diperluaskan lagi kepada lebih ramai penduduk, kerana jika anda lihat, kami mempunyai bilangan tertinggi penduduk yang tinggal di rumah sewa dan juga penduduk warga emas.

"Kami amat mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan Jamiyah di masa hadapan."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg