Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Jamiyah tawar pelbagai program rohani dan khidmat mudah tunai zakat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAMIYAH SINGAPURA

Jamiyah tawar pelbagai program rohani dan khidmat mudah tunai zakat

Mar 08, 2024 | 11:01 AM



Ramadan ini, Jamiyah ingin membantu mengisi rohani masyarakat Islam Singapura menerusi pelbagai program seperti solat tarawih, tadarus, sambutan Nuzul Al-Quran, berbuka puasa harian dan qiamullail agar mereka dapat merapatkan hubungan dengan Allah swt.


“Ramadan adalah masa untuk mencergaskan rohani, tempoh kita mendekatkan diri kepada Allah swt melalui amal ibadah, muhasabah diri, dan amal kebajikan.


“Ia adalah masa jiwa kita disubur dan ikatan kita dengan keluarga dan masyarakat diperkukuh,” ujar Presiden Jamiyah Singapura, Profesor (Adj) Datuk Dr Mohd Hasbi Abu Bakar.

PROGRAM RAMADAN

Meriahkan Ramadan dan pohon keberkatan Allah swt melalui sesi tadarus yang akan diketuai oleh qari-qari antarabangsa dari 11 Mac hingga 31 Mac 2024 pada 5.30 petang hingga 6.30 petang di Masjid@Pusat Islam Jamiyah.


Rapatkan silaturahim dan kongsi nikmat berbuka puasa sambil berzikir dan berselawat bersama qari jemputan di Dewan Al-Malik Faisal, Pusat Islam Jamiyah pada 12 Mac hingga 9 April 2024.

Qari-qari antarabangsa juga akan mengimamkan solat tarawih. Bacaan merdu surah-surah dengan murattal dan taranum mereka menambahkan khusyuk semasa menunaikan tarawih.


Solat tarawih berjemaah akan diadakan dari 11 Mac hingga 8 April pada 8.45 malam hingga 9.45 malam di Masjid@Pusat Islam Jamiyah.

Qiamullail adalah salah satu ibadah yang paling digalakkan pada bulan Ramadhan.

Mari bermunajat sepertiga malam Ramadan dan tunjukkan ketakwaan kita kepada Allah swt.


Sesi qiamullail akan diketuai oleh Imam Mohammed Elmongy dari Mesir pada 7 April 2024, 3.30 pagi di Masjid@Pusat Islam Jamiyah.

Nuzul Al-Quran ialah ketika bacaan pertama Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw oleh Malaikat Jibrail.


Sambut peristiwa penting ini dengan mendengar dan membaca bersama qari dan qariah antarabangsa yang terkenal pada 27 Mac 2024 dari 9.45 malam hingga 10.30 malam di Masjid@Pusat Islam Jamiyah.

Pusat Islam Jamiyah terletak di 31 Lorong 12 Geylang, Singapura 399006.

ZAKAT

Jamiyah juga adalah pusat mengumpul zakat yang mengagihkan zakat kepada lapan asnaf melalui program dan perkhidmatannya.

Antaranya Darul Syifaa – rumah perubatan yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk warga senja; rumah peralihan Darul Islah yang membantu bekas pesalah kembali menyumbang kepada masyarakat; bank makanan dengan 1,000 benefisiari yang memerlukan serta program kemasyarakatan termasuk bantuan pendidikan untuk kanak-kanak yang masih bersekolah.

Ramadan ini, Jamiyah turut menjalankan program ‘Iftar Bento’ untuk 20,000 penerima bantuan yang berpendapatan rendah untuk berbuka puasa serta pakej ‘Meat for Eid’ untuk membantu lebih 2,000 keluarga yang memerlukan membuat persiapan Raya.

“Melalui sumbangan anda yang murah hati dalam melaksanakan kewajipan zakat anda, Jamiyah Singapura terus berkhidmat kepada golongan yang kurang bernasib baik.

“Sokongan anda membolehkan kami menawarkan bantuan penting kepada masyarakat, termasuk catuan makanan, perkhidmatan penjagaan masyarakat, program pemerkasaan dan membuka peluang pendidikan kepada mereka yang memerlukan,” jelas Dr Mohd Hasbi.

Beliau berharap Ramadan pada 2024 lebih ramai akan menyumbang dan menyokong usaha Jamiyah membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Bagi yang berminat mahu menunaikan zakat bersama Jamiyah Singapura, anda boleh mengunjungi pusat-pusat Jamiyah atau menghubungi talian 9720-5001 untuk ‘Mobile Amil’, atau amil bergerak.

Mereka menyediakan khidmat mengambil zakat dari tempat yang sesuai untuk anda. Imbas kod-kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >