Premium
Jamu tamu berlainan bangsa dengan lauk Raya
Mahu hidupkan suasana Lebaran semasa rumah terbuka
Jul 24, 2015 | 12:01 PM
TARIKAN LAUK RAYA BAGI TAMU BUKAN MELAYU: Encik Zainuddin Sajat, pemilik Aspirasi Food Galore, berkata masih ramai pelanggan menempah lauk Raya bagi rumah terbuka mereka, terutama sekali untuk dihidangkan kepada teman sekerja atau sekolah yang berlainan bangsa. Gambar menunjukkan beliau dan salah seorang karyawannya, Cik Shila Sukardi, di kilang tempat mereka menyediakan makanan. - Foto MO.SALLEH -
RAMAI yang mungkin mula jelak dengan hidangan Hari Raya selepas beberapa hari berkunjungan dan memakan lauk-pauk serupa.
Namun, menurut beberapa syarikat katering, lauk Hari Raya tetap menjadi pilihan ramai yang menganjurkan rumah terbuka demi mewujudkan suasana sambutan Hari Raya, terutama sekali bagi teman berlainan bangsa.

