Jamuan CNY lebih kecil tapi tetap bermakna

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jamuan CNY lebih kecil tapi tetap bermakna

Warga buat penyesuaian peringati Tahun Baru Cina di sebalik sekatan Covid-19
Feb 14, 2021 | 5:30 AM

Jamuan CNY lebih kecil tapi tetap bermakna

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SAMBUT PERAYAAN: Cik Tan Faradillah Muhammad Nur Tan (paling kiri) menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya dalam kumpulan lebih kecil, berbeza dengan tahun-tahun sesudah. - Foto ihsan AZMI ATHNI
SAMBUT PERAYAAN: Cik Tan Faradillah Muhammad Nur Tan (paling kiri) menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya dalam kumpulan lebih kecil, berbeza dengan tahun-tahun sesudah. - Foto ihsan AZMI ATHNI -

BIASANYA menjelang Tahun baru Cina, Cik Tan Faradillah Muhammad Nur Tan akan meraikannya dengan makan malam beramai-ramai bersama keluarga Cinanya seramai 26 orang.

Namun disebabkan sekatan Covid-19 tahun ini, beliau terpaksa membuat penyesuaian dan melakukannya dalam kumpulan lebih kecil seramai lapan orang yang terdiri daripada ayah, suami dan adik-beradiknya.

Justeru, wanita berusia 33 tahun itu berkata beliau sekeluarga berhubung dengan saudara mara mereka yang berbangsa Cina menerusi Zoom.

"Suasananya tentu berbeza kerana ia rasa lebih sunyi tanpa sepupu saya yang lain. Namun, ia tetap bermakna dan keluarga saya yang lebih kecil masih berkumpul dan meraikan Tahun Baru Cina bersama supaya dapat terus menghidupkan tradisi," ujarnya yang ayahnya berbangsa Cina, sementara ibunya berbangsa Jawa.

Kelmarin, Cik Faradillah mengenakan pakaian merah dan makan steamboat bersama keluarga di kediamannya.

Tahun demi tahun, anak sulung dalam tiga adik-beradik itu berkata mereka biasanya akan berkumpul di rumah mak ciknya di mana mereka akan 'makan besar', bermain permainan kad dan bertukar ang bao.

Menurutnya, itulah yang beliau selalu nanti-nantikan kerana bukan selalu mereka dapat berjumpa.

Sebagai seorang yang mempunyai dua bangsa, Cik Faradillah berkata beliau bersyukur kerana terdedah kepada budaya berbeza-beza.

"Saya dapat mengalami dan mendalami dua budaya berbeza.

"Dalam pada itu saya bersyukur keluarga Cina saya selalu berusaha untuk mencari makanan halal untuk kami malahan akan bertanya apa yang kami boleh atau tidak boleh makan kerana mereka tidak mahu tersalah beli makanan," katanya.

Sebagai seorang Muslim, beliau amat menghargai hubungan yang dijalinkan bersama keluarga Cinanya kerana mereka amat memahami meskipun mereka berbeza agama.

Bagi Cik Faradillah, agama tidak semestinya menjadi penghalang, malah ia boleh merapatkan hubungan kekeluargaan jika semua menghormati antara satu sama lain.

Beliau melahirkan harapan agar Covid-19 segera berakhir supaya keadaan boleh kembali seperti sedia kala kerana rindu waktu di mana beliau dapat berkumpul beramai-ramai bersama saudara maranya.

Meluahkan apakah erti Tahun Baru Cina baginya, Cik Faradillah berkata:

"Tahun Baru Cina membawa keluarga bersama dalam caranya tersendiri. Kami akan cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa bagi perayaan ini walau betapa sibuk jadual kami.

"Lagipun, setiap kali Tahun Baru Cina tiba, kita boleh lihat mereka yang berbeza bangsa cuba menyebarkan keceriaan dan saya gembira dapat menjadi sebahagian masyarakat berbilang bangsa dan agama di Singapura."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg