SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Jamus Lim: Wajar fakta berhubung Raeesah dikongsi dengan CEC

Jamus Lim: Wajar fakta berhubung Raeesah dikongsi dengan CEC

Dec 15, 2021 | 5:30 AM

Jamus Lim: Wajar fakta berhubung Raeesah dikongsi dengan CEC

2f79eafe-6cef-4384-94e1-b866560ecf3a
-

ANGGOTA Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Pekerja (WP) Profesor Madya (A/P) Jamus Lim, bersetuju bahawa terdapat keadaan di mana fakta yang diketengahkan, berhubung isu pembohongan bekas Anggota Parlimen (AP) Raeesah Khan, wajar menjadi bahan penting dan sepatutnya dikongsi dengan CEC.

Menurut A/P Lim yang juga AP GRC Sengkang, kepentingan fakta melibatkan pemimpin kanan parti itu bergantung kepada kebenaran di sebalik perkara tersebut.

Demikian yang terkandung dalam laporan keempat Jawatankuasa Hak Istimewa yang menyiasat kes pembohongan Cik Raeesah di Parlimen, yang dikeluarkan semalam.

A/P Lim yang memberi keterangan kepada jawatankuasa itu, mulanya bersetuju bahawa kebenaran perkara itu sepatutnya ditentukan oleh CEC, dengan mengambil kira saranan panel disiplin.

Namun beliau kemudiannya berkata bahawa beliau tidak tahu siapa yang sepatutnya menentukan kebenaran, dan bahawa kebenaran adalah apa yang di cari semua orang.

Namun, beliau berkata jika Cik Raeesah telah merancang mahu membuat pengakuan kemudiannya, maka pengakuannya sebelum itu kepada pemimpin parti tidak penting.

Sebaliknya, jika pemimpin WP - Encik Pritam Sing, Cik Sylvia Lim dan Encik Faisal Manap - telah mengarahkan Cik Khan supaya terus berbohong, penyembunyian fakta itu dan penglibatan mereka sendiri, akan menjadi bahan maklumat penting yang terpaksa didedahkan.

Awal dari itu A/P Lim disoal sama ada beliau, sebagai anggota CEC, menjangka panel disiplin tidak berminat dengan kejadian tersebut dan perkara berkaitan yang berlaku, supaya mereka tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam perkara yang mereka sepatutnya siasat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg