Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jangkaan inflasi bagi 2019 tidak banyak berubah berbanding 2018, menurut tinjauan

Jan 21, 2019 | 2:30 PM
Program Penukaran Profesional bagi membantu PMET bertukar sektor dan pekerjaan akan dipertingkat.
Program Penukaran Profesional bagi membantu PMET bertukar sektor dan pekerjaan akan dipertingkat. - GAMBAR FAIL SPH

Warga Singapura tidak menjangka harga pengguna banyak berubah dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Namun mereka berpendapat bahawa inflasi teras - yang mengecualikan kos perumahan dan pengangkutan privet - boleh meningkat.

Perangkaan itu diperolehi menerusi tinjauan Jangkaan Indeks Inflasi Singapura DBS-SMU (SInDEx) pada Disember lalu, dengan warga Singapura menjangka inflasi 2.85 peratus tahun ini.

Tinjauan itu dilakukan setiap tiga bulan, dan jangkaan inflasi itu adalah kali ketiga berturut-turut ia merosot. Jangkaan inflasi yang dirakam tinjauan sama sebelum ini adalah 2.88 peratus.

Dalam pada itu, jangkaan bagi inflasi teras bagi tahun ini meningkat dari 2.92 peratus pada September kepada 2.99 peratus bulan lalu, mengikut hasil tinjauan yang diterbitkan Isnin (21 Jan).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg