Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Jangkitan Covid-19 di S’pura stabil dari 12-17 Dis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jangkitan Covid-19 di S’pura stabil dari 12-17 Dis

Dec 19, 2023 | 08:00 PM



Jumlah jangkitan Covid-19 mencatat penurunan tipis daripada 7,870 kes pada 12 Disember kepada 7,730 kes pada 17 Disember lalu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

MOH berkata hospital awam Singapura bersedia untuk menangguhkan pembedahan tidak mendesak bagi memastikan katil hospital bebas sekiranya bilangan kes Covid-19 dan permintaan untuk katil hospital meningkat, menurut laporan The Straits Times (ST).


Mengulas tentang trend jangkitan Covid-19 semasa, pakar dalam biostatistik dan pemodelan, Profesor Madya Alex Cook, yang juga dari Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock Universiti Nasional Singapura (NUS), berkata jumlah sebenar orang yang menjangkit Covid-19 adalah “berkali-kali ganda” daripada jumlah yang diumumkan oleh MOH, kerana kebanyakan orang yang mempunyai penyakit ringan, walaupun diuji positif, tidak berjumpa dengan doktor.

“Gelombang semasa ialah apa yang kita patut jangkakan daripada endemik Covid-19, seperti yang kita lihat dengan influenza endemik dan semua jangkitan pernafasan biasa yang lain.

“Tiada sebab lagi untuk bimbang tentang gelombang Covid-19… tetapi oleh kerana itu, ia tidak bermakna kita harusnya tidak membuat apa-apa,” tambah Profesor Madya Cook.

Namun demikian, Perunding Kanan untuk Bahagian Penyakit Berjangkit di NUH, yang juga Presiden Persatuan Antarabangsa untuk Penyakit Berjangkit, Profesor Paul Tambyah, berkata orang ramai tidak perlu risau dengan peningkatan bilangan jangkitan Covid-19.

“Mereka harus hanya bijak dalam mengambil langkah berjaga-jaga tentang kesihatan mereka, tidak pergi ke tempat kerja atau sekolah jika mereka tidak sihat dan sebaliknya mendapatkan rawatan perubatan,” jelasnya.

Pakar penyakit berjangkit di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock NUS, Profesor Hsu Li Yang, pula berpendapat sebaliknya dan berkata warga Singapura harus bimbang kerana sejumlah besar jangkitan akan menjejas perkhidmatan penjagaan kesihatan dan juga mengakibatkan bilangan penyakit serius dan kematian yang lebih tinggi.

“Semua orang, termasuk mereka yang mempunyai risiko kecil untuk menjangkit Covid-19 yang teruk, harus memainkan peranan mereka dalam memperlahankan penularan virus itu,” ujar Profesor Hsu.

Bagaimanapun, semua pakar kesihatan senada menyatakan orang ramai harus bertanggungjawab secara sosial dan menggunakan pelitup di tempat tertutup yang sesak, walaupun mereka berasa sihat, kerana penularan virus berlaku sehari atau dua sebelum gejala muncul.

Di samping itu, Perunding Kanan untuk Bahagian Penyakit Berjangkit di Hospital Universiti Nasional (NUH), Profesor Dale Fisher, berkata perangkaan jumlah jangkitan adalah berguna untuk orang ramai mengukur risiko jangkitan dalam kalangan masyarakat.

“Dengan memberi penekanan kepada risiko semasa, individu mungkin membuat keputusan untuk mendapatkan penggalak vaksin, kerana risiko penyakit teruk ialah lebih tinggi bagi mereka yang tidak diberi vaksin selama setahun,” ujarnya.

Selaras dengan kata-kata Profesor Fisher, data MOH menunjukkan bahawa individu yang mempunyai tiga vaksin mRNA atau empat vaksin tradisional lebih setahun lalu menghadapi risiko hampir dua kali ganda untuk memerlukan rawatan di hospital berbanding individu yang mendapat penggalak vaksin dalam tempoh 12 bulan yang lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >