Janil: Pengangkutan awam harus siap siaga hadapi ancaman keselamatan
Premium
Janil: Pengangkutan awam harus siap siaga hadapi ancaman keselamatan
Dr Janil Puthuchearypengangkutan awampengganasanseranganPenguasa Pengangkutan DaratLTAKementerian Ehwal Dalam NegeriMHAsidang Parlimenterrorisme
Feb 14, 2019 | 5:30 AM

-
MESKIPUN tiada perisikan serangan tertentu yang dirancang terhadap Singapura, ancaman pengganasan kekal tinggi dan kemungkinan serangan pengganasan berlaku terhadap kemudahan pengangkutan awam tidak harus diketepikan.
Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, berkata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bekerja rapat dengan agensi Home Team dalam menyesuaikan langkah-langkah keselamatan khusus bagi pengangkutan awam berdasarkan tahap ancaman semasa.

