Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Janin di temui di pantai Taman Pasir Ris, polis lakukan siasat

Dec 27, 2022 | 7:01 PM
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menjumpai janin di bawah papak konkrit. FOTO: LIANHE ZAOBAO
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menjumpai janin di bawah papak konkrit. FOTO: LIANHE ZAOBAO -

SIASATAN sedang dijalankan selepas satu janin ditemui di Taman Pasir Ris Sabtu malam.(24 Dis) Polis berkata pada Selasa (27 Dis), ia menerima satu panggilan pada malam Krismas pada 10.13 malam bahawa satu janin ditemui di pantai itu berdekatan Pit Barbeku 21. Akhbar berbahasa Cina, Lianhe Zaobao, melaporkan seorang budak berusia 10 tahun telah menemui janin itu di bawah satu kepingan konkrit. Budak lelaki itu, yang sedang berkhemah dengan keluarganya, memberitahu ibunya berkenaan janin itu yang kemudian menghubungi polis. Seorang saksi memberitahu Lianhe Zaobao, sekitar 20 pegawai polis dan tujuh atau lapan kereta polis tiba di tempat kejadian dan mengepung tempat itu. Mereka menyoal siasat beberapa saksi dan melakukan operasi pencarian di pantai itu sehingga sekitar 4 pagi Ahad (25 Dis), lapor akhbar itu. Ia adalah satu kesalahan untuk secara rahsia menanam dan membuang mayat seorang bayi untuk menyembunyikan kelahiran anak, tidak kira bayi itu meninggal dunia ketika dalam kandungan atau sesudah dilahirkan. Mereka yang didapati bersalah berbuat demikian boleh dijel sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya. Polis memohon agar sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut menghubunginya menerusi talian 1800-255-0000 atau menghantarnya di laman www.police.gov.sg/iwitness Semua maklumat akan dirahsiakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg