SPH Logo mobile
Langgan|

Janur laris dijual di Pasar Geylang Serai jelang Syawal

Janur laris dijual di Pasar Geylang Serai jelang Syawal

Apr 21, 2023 | 5:30 AM

Janur laris dijual di Pasar Geylang Serai jelang Syawal

- Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
- Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

DUA hari sebelum Hari Raya, ramai yang membeli daun janur yang laris dijual.

Encik Rahim Salleh (gambar, paling kiri), 72 tahun, telah ke Pasar Geylang Serai khusus untuk membeli janur pada pagi Khamis.

Beliau dan isteri turut membeli barangan masakan lain sempena Aidilfitri pada Sabtu.

Turut ditemui Berita Harian (BH) di gerai N.N Coconut itu ialah Encik Mohamad Zailani Mohamad Said, 62 tahun, yang juga sibuk dilihat memilih daun janur (di sebelah Encik Rahim).

"Membeli janur dan menganyam ketupat tak boleh terlalu awal... kalau tak kering nanti," ujar Encik Mohamad Zailani.

Pemilik gerai N.N Coconut, Encik Muhammad Nabil Mohamed Nasser, akur janur yang dijualnya laris sempena Hari Raya kali ini.

"Tahun ni ramai yang membeli daun janur. Saya bawa masuk bekalan sebanyak 5 tan daun janur dan kini dah nak habis stoknya," kata Encik Nabil yang juga gembira dengan bilangan pengunjung yang ramai dilihatnya di Pasar Geylang Serai minggu ini.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg