Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jarak selamat diteruskan di NTUC FairPrice

Mar 16, 2022 | 5:30 AM
JARAK SELAMAT: Jarak selamat di NTUC FairPrice akan tetap diteruskan. - Foto BH oleh KEVIN LIM
JARAK SELAMAT: Jarak selamat di NTUC FairPrice akan tetap diteruskan. - Foto BH oleh KEVIN LIM -

JIKA anda membeli-belah di cawangan NTUC FairPrice, anda mungkin akan tetap melihat tanda jarak sosial di lantai semasa hendak membayar barangan anda.

Ini kerana rangkaian pasar raya itu akan meneruskan langkah jarak selamat meskipun ia tidak perlu berbuat demikian.

Menjelaskan lebih lanjut, jurucakap FairPrice telah memberitahu The Straits Times:

"FairPrice mengekalkan langkah pengurusan selamat yang ada bagi menggalak amalan sosial yang selamat di premis kami.

"Walau bagaimanapun, kami akan terus memantau keadaan yang sering berubah-ubah ini."

Dalam pada itu, seperti FairPrice, banyak pengendali dan peruncit juga mengambil pendekatan lebih berhati-hati.

Tanda-tanda jarak sosial masih kelihatan di ruang bersama seperti di kedai pam minyak, pusat beli-belah seperti di Bishan dan Katong.

Misalnya, lantai di bahagian atrium di Junction 8 di Bishan masih lagi ditandakan bagi menunjukkan tanda jarak sosial.

Bangku-bangku di pusat beli-belah, Parkway Parade di Marine Parade juga masih ditandakan dengan tep pelekat.

Difahamkan tanda-tanda jarak sosial di pasar basah tidak akan dibuka bagi menggalak jarak sosial meskipun ini tidak mandatori dalam suasana yang memerlukan pelitup muka.

Tanda jarak sosial juga masih kelihatan di pusat penjaja, di mana pelanggan boleh membuka pelitup semasa menjamu selera.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg