Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jawatan juru uji swab gaji $3,800 bagi jangka pendek, kata MOH

May 15, 2020 | 7:30 PM
LEBIH PERLINDUNGAN BAGI KAKITANGAN KESIHATAN: Hospital Besar Singapura (SGH) antara lain turut memperkenalkan penggunaan pelindung SG Shield semasa ujian swab bagi melindungi kakitangan kesihatan daripada titisan cecair ekoran batuk mereka yang menjalani ujian. - Foto SGH
LEBIH PERLINDUNGAN BAGI KAKITANGAN KESIHATAN: Hospital Besar Singapura (SGH) antara lain turut memperkenalkan penggunaan pelindung SG Shield semasa ujian swab bagi melindungi kakitangan kesihatan daripada titisan cecair ekoran batuk mereka yang menjalani ujian. - Foto SGH -

Kementerian Kesihatan (MOH) telah menjelaskan bahawa pekerjaan bagi juru uji swab dengan gaji antara $3,400 dengan $3,800 sebulan adalah bagi kontrak jangka pendek tanpa laluan kerjaya dan tidak termasuk elaun tambahan dan bonus.

Ini berbanding gaji bulanan purata jururawat berdaftar yang baru bekerja, iaitu antara $3,300 hingga $5,200 sebulan, bergantung pada kelayakan mereka, dan selepas mengambil kira elaun dan bonus.

Jururawat berdaftar seperti ini layak mendapat kenaikan gaji tahunan serta peluang menjalani latihan untuk menambah kemahiran dan membangun kerjaya sebagai jururawat di klinik, pendidik atau ketua dalam sektor jagaa kesihatan, kata MOH menjawab pertanyaan media pada Jumaat (15 Mei).

Awal dari itu, warganet di media sosial telah bertanya mengama juru uji swab dan penolong juru uji swab boleh mendapat gaji lebih tinggi berbanding sebahagian karyawan jagaan kesihatan. Mereka menukil iklan kerja bagi jawatan itu yang disebar luas di dalam talian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg