Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jawatankuasa dibentuk bagi persiap asatizah masa depan

Mar 8, 2019 | 2:32 PM
ASATIZAH MASA DEPAN: Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (COFA) antara lain bertujuan mempersiap golongan asatizah menghadapi dunia yang pesat berubah.
ASATIZAH MASA DEPAN: Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (COFA) antara lain bertujuan mempersiap golongan asatizah menghadapi dunia yang pesat berubah. - Foto MUIS

SATU jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mempersiap golongan asatizah menghadapi dunia yang pesat berubah.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengumumkan demikian hari ini (8 Mac).

Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (COFA) itu terdiri daripada pemimpin agama dan masyarakat, asatizah serta karyawan yang mempunyai kepakaran relevan.

Encik Masagos berkata COFA juga bertujuan mengajak masyarakat mencipta bersama visi 'Asatizah Masa Depan', serta kemahiran dan kecekapan yang perlu dimiliki asatizah untuk membimbing masyarakat Melayu/Islam di masa hadapan.

"Dengan hasil dapatan daripada usaha yang diterajui COFA, kami akan dapat berkongsi pelan pembangunan asatizah yang lebih menyeluruh pada akhir tahun ini," katanya.

COFA akan dipimpin Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, selaku pengerusi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg