Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Jawatankuasa Pilihan mahu cari keseimbangan tangani berita palsu

Jun 27, 2018 | 5:30 AM
BINCANG ISU: Dr Janil Puthucheary (tiga dari kiri) memberikan pengamatannya di sesi perbincangan mengenai berita palsu di Persidangan Media Antarabangsa East West Centre. Turut menyertai sesi itu ialah (dari kiri) Encik Torben Stephan selaku moderator, Encik Alvin Tan, Encik Warren Fernandez dan Profesor Cherian George. - Foto BH oleh KELVIN CHNG
BINCANG ISU: Dr Janil Puthucheary (tiga dari kiri) memberikan pengamatannya di sesi perbincangan mengenai berita palsu di Persidangan Media Antarabangsa East West Centre. Turut menyertai sesi itu ialah (dari kiri) Encik Torben Stephan selaku moderator, Encik Alvin Tan, Encik Warren Fernandez dan Profesor Cherian George. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -

JAWATANKUASA Parlimen yang meneliti kaedah bagi memerangi berita palsu, mahu mencari keseimbangan yang tepat antara memastikan ruang kebebasan bersuara untuk wartawan dan dalam masa yang sama mempunyai kuasa perundangan dan lain-lain untuk menangani maklumat yang tidak sahih itu, lapor The Straits Times.

Jawatankuasa Pilihan Mengenai Berita Palsu Dalam Talian yang mengadakan sidang bagi mendapatkan pandangan orang ramai dalam tempoh lapan hari pada Mac lalu, masih menimbangkan saranan-saranan yang dikemukakan bagi memastikan laporan akhirnya benar-benar menangani keperihatinan pihak-pihak berkepentingan, kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan) Dr Janil Puthucheary kelmarin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg