Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jawatankuasa sempadan pilihan raya belum ditubuhkan

Jul 9, 2019 | 2:51 PM
BELUM DITUBUHKAN: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata Perdana Menteri belum lagi melantik Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi Pilihan Raya.
BELUM DITUBUHKAN: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata Perdana Menteri belum lagi melantik Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi Pilihan Raya. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

JAWATANKUASA yang bertanggungjawab menyemak sempadan kawasan undi pilihan raya sebelum pilihan raya umum (GE) diadakan masih belum dibentuk, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing di Parlimen semalam (8 Julai).

Respons itu diberikan semasa menjawab pertanyaan bertulis yang dikemukakan Anggota Parlimen Parti Pekerja Encik Pritam Singh, yang telah meminta Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberi perkembangan tentang sama ada Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi Pilihan Raya (EBRC) telah dibentuk dan jika tidak, bila ia akan dibentuk.

Encik Chan yang memberikan respons bagi bagi pihak Encik Lee berkata:

"Perdana Menteri belum lagi melantik Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi Pilihan Raya."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg