Jawatankuasa yang menentukan sempadan kawasan undi telah dibentuk, memulakan proses untuk Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong mengadakan pilihan raya umum.
Pada empat pilihan raya umum yang lalu, tempoh antara pembentukan jawatankuasa ini dengan Hari Mengundi adalah antara empat bulan hingga 11 bulan.
Ini bermakna Hari Mengundi boleh diadakan pada Mei, atau lebih awal, mengikut jadual jawatankuasa melengkapkan tugasannya.
Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) dilantik oleh perdana menteri, yang akan menerima laporan daripada jawatankuasa itu.
Dalam kenyataannya pada 22 Januari, Jabatan Pilihan Raya (ELD) berkata Encik Wong telah menghimpunkan jawatankuasa tersebut.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg