Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jejak alam di bekas laluan KTM dibuka

Mar 23, 2021 | 5:30 AM
- Foto BH oleh JASON QUAH
- Foto BH oleh JASON QUAH -

BAHAGIAN tengah Koridor Rel yang sepanjang 4 kilometer dibuka semula, umum Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Lembaga Taman Negara (NParks) semalam (gambar atas).

Bahagian itu terletak antara Hillview dengan Stesen Kereta Api Bukit Timah lama yang telah dipelihara.

Bahagian itu telah ditutup sejak 2019 bagi kerja-kerja pemulihan.

Koridor Rel itu, di sepanjang bekas laluan kereta api Kereta Api Tanah Melayu (KTM) yang menghubungkan Singapura dan Malaysia, telah dijadikan jejak alam sejak khidmat kereta api dihentikan pada 2011.

Semalam, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee bersama anggota kumpulan masyarakat Friends of Rail Corridor telah berjalan-jalan di Koridor Rel yang dibuka semula dengan nafas baru itu.

Antara perubahan yang dilakukan adalah lapan tempat keluar masuk baru atau yang diperbaiki yang kini disediakan di sepanjang bahagian tengah Koridor Rel itu, kata URA dan NParks dalam satu kenyataan bersama.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg