Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jejak warisan Geylang Serai 'online' tampilkan 5 tempat ikonik

Nov 12, 2020 | 10:35 PM
MEMPERKENALKAN GEYLANG SERAI SEMULA: Siri vlog ini akan memperkenalkan makanan istimewa, tempat makanan serta individu menarik yang akan menongsi pengalaman mereka tinggal, bekerja dan bermain di kawasan itu bersama dengan pengacara popular seperti Suhaimi Yusoff (tiga dari kiri) dan Farah Lola (tiga dari kanan) bagi setiap kawasan ikonik. - Foto WGS
MEMPERKENALKAN GEYLANG SERAI SEMULA: Siri vlog ini akan memperkenalkan makanan istimewa, tempat makanan serta individu menarik yang akan menongsi pengalaman mereka tinggal, bekerja dan bermain di kawasan itu bersama dengan pengacara popular seperti Suhaimi Yusoff (tiga dari kiri) dan Farah Lola (tiga dari kanan) bagi setiap kawasan ikonik. - Foto WGS -

MENDOKUMENTASIKAN sejarah Geylang Serai merupakan satu usaha penting untuk terus mendidik generasi akan datang mengenai jalur budaya kawasan tersebut.

Demikian menurut Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) Dr Mohamad Maliki Osman.

Untuk melakukan demikian, Wisma Geylang Serai (WGS) akan melancarkan jejak warisan dalam talian yang baru, Telusuri Geylang Serai (TGS), yang menampilkan lima tempat ikonik utama kawasan Geylang Serai.

Ini termasuk Tanjong Katong Complex, WGS, Pasar Geylang Serai, Joo Chiat Complex dan Kelab Masyarakat Kampong Ubi.

"Ini merupakan satu inisiatif yang baik kerana Jalur Budaya Geylang Serai bukan sahaja boleh dikunjungi secara fizikal, tetapi kini ramai boleh mengenal cebisan sejarah kawasan ini dengan lebih lanjut lagi melalui Facebook WGS.

"Sebetulnya, yang lama usah dibuang kerana kita tidak tahu bila ia akan berguna lagi. Jadi, dengan menampilkan lima tempat ikonik utama di Jalur Budaya Geylang Serai dan menceritakan kisah-kisah lama, ia membangkitkan kesan nostalgia dan ini tentunya menaikkan nilai kawasan itu tersendiri," kata Dr Maliki yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar.

Mulai 19 November hingga Mac tahun depan, WGS akan mengeluarkan segmen empat bahagian bagi setiap tempat ikonik Geylang Serai itu yang akan dimuatnaik di laman Facebook WGS setiap bulan.

Siri vlog ini akan memperkenalkan makanan istimewa, tempat makanan serta individu menarik yang akan mengongsi pengalaman mereka tinggal, bekerja dan bermain di kawasan itu bersama dengan pengacara popular bagi setiap kawasan ikonik.

Antara mereka ialah Suzairhe Sumari, Suhaimi Yusoff, Fara Lola, Dalina Jaapar, Ustaz Zahid Zin dan Suhaillah Salam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg