Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jejambat baru di one-north dibuka tahun depan, mudahkan pemandu

Mar 6, 2022 | 3:12 PM
Satu jalan raya baru dibina antara North Buona Vista Drive dan Commonwealth Avenue, pada 5 Februari.
Satu jalan raya baru dibina antara North Buona Vista Drive dan Commonwealth Avenue, pada 5 Februari. - GAVIN FOO

Satu jejambat baru yang akan memberikan lebih banyak akses secara langsung antara kawasan one-north dengan Commonwealth dan Holland, dijangka dibuka pada suku pertama 2023, kata pemaju JTC Corporation kepada akhbar The Straits Times.

Laluan itu yang menghubungkan North Buona Vista Drive dengan Commonwealth Avenue, telah dalam pembinaan selama beberapa tahun selepas kontrak pembinaannya bernilai $21 juta dan prasarana sekitarnya, diberikan kepada firma Chye Joo Construction pada Disember 2017.

Apabila dibuka tahun depan, ia dijangka mengurangkan kesesakan ke dan dari hab sains dan teknologi itu.

Ini sekaligus memanfaatkan lebih 50,000 orang yang kini bekerja di daerah itu yang menempatkan The Metropolis, Fusionopolis dan Singapore Science Park.

Buat masa ini tidak ada jalan yang menghubungkan langsung North Buona Vista Drive - yang melalui Biopolis dan The Metropolis - dengan Commonwealth Avenue.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg