Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jejambat Seletar Link dibuka 22 Jan: LTA

Jan 8, 2024 | 3:31 PM
LEBIH MUDAH: Jejambat ini akan mewujudkan sambungan baru antara Seletar Link dengan Ekspreswe Tampines (TPE).
LEBIH MUDAH: Jejambat ini akan mewujudkan sambungan baru antara Seletar Link dengan Ekspreswe Tampines (TPE). - Foto LTA

Jejambat baru yang dinamakan Seletar Link Flyover akan dibuka pada 22 Januari untuk mengendalikan peningkatan keadaan trafik yang dijangka di beberapa kawasan di Punggol disebabkan pembangunan baru.

Jejambat baru itu - yang akan dibuka pada 2 petang - menyediakan sambungan baru antara Seletar Link dengan Ekspreswe Tampines (TPE), kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 8 Januari.

Pengguna boleh melaluinya dari Ekspreswe Central (CTE), Ekspreswe Seletar (SLE), Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) dan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).

Pembinaan jambatan itu bermula pada suku ketiga 2017, kata LTA.

Selain itu, jejambat tersebut akan menyokong peningkatan trafik yang akan datang disebabkan pembangunan baru di Punggol Town dan Pulau Punggol Timor.

Ia juga menghubungkan pembangunan di Sengkang Town apabila Sengkang West Drive baru dibuka.

Sambungan sepanjang kira-kira 1.05km baru itu akan menyediakan kepada pemandu laluan alternatif dari Punggol Town menuju ke CTE atau SLE.

Ia juga akan meningkatkan ketersambungan untuk pembangunan industri di Pulau Punggol Timor, berfungsi sebagai laluan lebih langsung ke CTE atau SLE, tambah LTA.

“Sebagai persediaan untuk pembukaan jejambat itu, papan tanda laluan bermaklumat dan berarah akan dipasang untuk memberitahu pemandu.

“Pemandu dinasihatkan supaya merancang laluan lebih awal dan mengikut papan tanda lalu lintas yang tersedia untuk membantu mereka sampai ke destinasi,” tambah LTA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg