Topik diikuti
Pergi ke BHkuJel 20 tahun dan 24 kali sebat bagi perogol bersiri

Jan 7, 2014 | 6:00 AM
Jel 20 tahun dan 24 kali sebat bagi perogol bersiri
MESKIPUN sudah meringkuk dalam penjara lebih separuh umurnya, seorang lelaki sanggup mengambil risiko jatuh dari tingkat lima flat keluarganya lalu memanjat masuk menerusi tingkap bilik tidur untuk cuba merogol seorang mangsa wanita yang tidak mengendahkannya selama ini.
Semalam, Razali Osman, 43 tahun, dihukum penjara 20 tahun dan sebat 24 kali atas tuduhan membuat serangan seksual, percubaan merogol dan memecah masuk ke dalam rumah.