Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jel 3 hari bagi lelaki kerana sedia khidmat pengangkutan berbayar semasa pemutus litar 

Mar 12, 2021 | 5:31 PM
7c39ba15-b6f3-4a88-b33a-3f9cef56d2bb
- KELVIN CHNG

SEORANG lelaki yang didapati bersalah menawarkan khidmat pengangkutan berbayar semasa tempoh pemutus litar tahun lalu telah dihukum penjara tiga hari dan denda $1,800 semalam. Ini adalah kes sedemikian yang pertama. Ng Chiang Huat, 54 tahun juga digantung daripada memandu kenderaan dari semua kelas bagi tempoh setahun. Ng, seorang warga Singapura telah menerbitkan pos di kumpulan Telegram Covid-19 Lockdown SGHitch untuk mencari penumpang. Justeru, dia mengambil dua penumpang yang merupakan pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 23 April tahun lalu. Sekitar 25 minit selepas mengambil dua penumpang itu, Ng ditahan oleh pegawai penguatkuasaan LTA di Handy Road. Pada 15 Februari, Ng mengaku bersalah kepada satu tuduhan menggunakan keretanya sebagai kenderaan khidmat awam tanpa lesen dan satu lagi tuduhan di bawah Akta Covid-19 (Langkah Sementara).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg