Premium
Jel dan rotan kerana cederakan warga emas
Feb 23, 2016 | 5:30 AM

GARA-GARA LAKUKAN ROMPAKAN: Fazrie (kiri) mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan pada seorang warga emas ketika merompaknya pada 12 April 2014. - Foto SHIN MIN -
SEORANG penganggur berusia 22 tahun telah dijatuhi hukum penjara sembilan tahun dan rotan sebanyak 12 kali selepas dia mengaku salah mencederakan seorang warga emas berusia 88 tahun pada 12 April 2014.
Muhammad Fazrie Mohamad Ridzuan didakwa atas kesalahan merompak mangsanya, mendiang Cik Lee Ping Yeng, di dalam sebuah lif setelah dia mengekorinya dari salah sebuah kedai kopi di Teck Whye.

