Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jelajah Kampung Buangkok, dalami budaya Melayu

Sep 24, 2017 | 2:45 PM
Encik Amrin makan sedulang bersama peserta di Kampung Buangkok. FOTO: Irma Kamarudin
Encik Amrin makan sedulang bersama peserta di Kampung Buangkok. FOTO: Irma Kamarudin -

SERAMAI 120 penduduk Woodlands menjelajahi Kampung Buangkok pagi tadi sebagai usaha mengenali budaya dan tradisi Melayu secara lebih mendalam.

Lawatan pembelajaran itu, yang dianjurkan Jawatankuasa Kegiatan Eksekutif Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Woodlands sempena Bulan Bahasa, turut dihadiri Anggota Parlimen GRC Sembawang, Encik Amrin Amin, yang juga Setiausaha Parlimen (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan).

Meskipun matahari bersinar, peserta lawatan itu seronok menikmati suasana kampung dan mendengar kisah serta pengalaman penduduk yang sudah berdekad lamanya menetap di Kampung Buangkok itu.

Mereka antara lain juga berpeluang mengenali perbezaan antara pucuk dengan ulam, membuat dan mencuba kuih tradisional seperti kuih abuh-abuk dan ondeh-ondeh, makan berdulang di surau dan bermain permainan tradisional seperti lereng dan gasing.

Seorang peserta, Izzul Baihaqi Harris Fadila, 12 tahun, berkata lawatan itu satu pengalaman yang membuka mata baginya.

"Saya dapat kenali buah-buahan, pokok dan tanaman yang berbeza di sini. Saya juga belajar tentang bahan-bahan dan cara yang mereka gunakan untuk membuat perabot dan rumah. Saya juga dapat makan nasi ambeng," ujar pelajar Sekolah Rendah Woodgrove itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg