Seperti tahun-tahun lepas, solat tarawih diadakan di masjid-masjid serta kolong-kolong blok flat di seluruh Singapura sempena bulan Ramadan. Selain ingin meningkatkan amal ibadah terhadap Allah swt pada bulan mulia ini, para jemaah juga berdoa semoga semua beroleh rahmat. Kami rakamkan solat tarawih di Masjid Darul Ghufran, Masjid Al Khair dan Masjid Yusof Ishak, malam kelmarin.