Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jemaah dinasihat pantau kesihatan setelah kes Covid-19 dikesan di Masjid Al-Falah

Oct 9, 2021 | 5:30 AM
e5052efd-3c75-48b4-aa65-7ca1a3c07a20
-

JEMAAH yang telah berkunjung ke Masjid Al-Falah baru-baru ini dinasihatkan memantau kesihatan mereka selepas satu kes jangkitan Covid-19 telah dikenal pasti di masjid di Orchard itu.

Menurut laman Facebook Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam, Masjid Al-Falah ditutup dari waktu asar hingga isyak semalam bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Namun, ia dibuka semula dari waktu subuh hari ini.

Ini menyusuli satu kes positif Covid-19 yang telah dikesan di masjid tersebut.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, jemaah yang telah mengunjungi masjid itu baru-baru ini dinasihatkan untuk memantau kesihatan mereka dan segera mendapatkan rawatan perubatan jika tidak sihat," kata Muis.

Minggu lalu, sebanyak empat masjid ditutup disebabkan kes positif koronavirus itu.

Ini termasuk Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, Masjid Al-Istiqamah, Masjid Alkaff Upper Serangoon dan dan Masjid Mujahidin.

Minggu lalu, Masjid Jamiyah Ar-Rabitah turut mengumumkan tidak mengadakan kelas fizikal masjid buat sementara waktu demi menjaga keselamatan dan kemaslahatan umum, terutama sekali warga emas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg