Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jemaah haji Singapura selamat jalani wuquf

Jun 29, 2023 | 4:54 PM
SOLAT AIDILADHA: Encik Masagos menghadiri solat Hari Raya Aidiladha di Masjid Kassim pada Khamis.
SOLAT AIDILADHA: Encik Masagos menghadiri solat Hari Raya Aidiladha di Masjid Kassim pada Khamis. - Foto ST

Jemaah haji Singapura di Arab Saudi telah selesai menjalankan ibadah wuquf di Arafah dan kemudian menyambut Hari Raya Aidiladha di Mina.

Memberi perkembangan terkini tentang jemaah haji Singapura itu selepas menunaikan solat Aidiladha di Masjid Kassim pada Khamis, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:

“Alhamdulillah saya dapat laporan bahawa jemaah kita telah selesai melakukan wuquf dan sedang berada di Mina (menyambut) Hari Raya Haji di sana.

“Semuanya selamat kecuali seorang jemaah haji yang telah meninggal dunia sebelum menjalankan ibadah wuquf.

“Kami mendoakan semoga rohnya dberkati Allah swt dan diterima ibadah hajinya,” ujar Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Cik Wan Bee Mohamed Gousmia, 61 tahun, dari Singapura, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 27 Jun.

Menurut Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO), beliau meninggal dunia di Hospital Alwadi Mina, di Mina. 

“Marilah kita terus mendoakan kesejahteraan jemaah kita di Tanah Suci agar mereka dapat meneruskan ibadah haji dengan tenang dan sempurna.

“Saya harap mereka banyak minum air dan menjaga kesihatan mereka antara satu sama lain. Semoga jemaah kita memperolehi haji mabrur dan selamat pulang ke Singapura kelak,” tambah Encik Masagos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg