Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jemaah haji S'pura berangkat ke Saudi mulai 30 Julai

Jul 7, 2018 | 9:35 AM
Umat Islam menunaikan solat di depan Kabbah pada Ramadan 2018.
Umat Islam menunaikan solat di depan Kabbah pada Ramadan 2018. - AFP

KUMPULAN pertama jemaah haji Singapura tahun ini dijadual berangkat ke Arab Saudi pada 30 Julai dan 1 Ogos ini.

Ini diumumkan Presiden Majlis Ugama Islam Singapura Haji Mohd Alami Musa, yang tahun ini dilantik ketua rombongan jemaah Haji Singapura 2018 (1439 Hijrah), pada hari Sabtu (7 Julai).

Beliau berkata jemaah dari kumpulan awal ini akan menuju ke Madinah sejurus selepas ketibaan mereka di Jeddah.

Keberangkatan seterusnya adalah dari 4 hingga 15 Ogos 2018 dan semua jemaah akan menuju ke Mekah/Shisha

setibanya di Arab Saudi.

Haji Alami berkata demikian di taklimat prakeberangkatan untuk jemaah Haji di Singapore Expo pada 7 Julai.

Tahun ini, kesemua 900 tempat di bawah kuota rasmi Singapura telah dipenuhi jemaah, dengan 90 peratus daripada mereka melaksanakan haji untuk kali pertama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg