Jemaah perlu rancang teliti tarikh ujian praacara sebelum tempah slot solat Jumaat: Muis

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jemaah perlu rancang teliti tarikh ujian praacara sebelum tempah slot solat Jumaat: Muis

Jun 23, 2021 | 12:07 AM

Jemaah perlu rancang teliti tarikh ujian praacara sebelum tempah slot solat Jumaat: Muis

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Foto FAIL
Foto FAIL -

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) berpesan kepada jemaah yang berhasrat menunaikan solat Jumaat di mana-mana Masjid Lebih Selamat agar menjalani ujian praacara (PET) terlebih dahulu, kecuali mereka sudah menjalani vaksinasi penuh.

Masjid Lebih Selamat ini merujuk pada empat masjid, Masjid Al-Istighfar, Masjid Ar-Raudhah, Masjid Assyafaah dan Masjid Mujahidin, yang akan mengorak langkah perintis dalam mencuba prosedur baru Daftar Masuk Safe Entry.

Empat masjid ini akan juga memperuntukkan zon tambahan bagi setiap sesi solat Jumaat buat jemaah yang sudah menjalani vaksinasi penuh atau menjalani ujian PET dengan jaya.

Pesanan yang dimuatnaikkan Muis ke laman Facebooknya pada Selasa (22 Jun) juga menasihati jemaah agar merancang dengan teliti tarikh dan masa menjalani Ujian Pantas Antigen (ART) atau Ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR).

"Memandangkan keputusan ujian hanya sah buat 24 jam dari tempoh pendaftaran di premis ujian, jemaah harus memastikan mereka menjalani ujian ini sehari sebelum atau paling lewat, sejam sebelum menempah slot solat Jumaat mereka.

"Seandainya anda tidak lulus ART, anda perlu mengambil ujian PCR pula. Bagaimanapun, keputusan yang diterima mungkin tidak sempat digunakan bagi tempahan slot solat Jumaat anda jika anda telah berbuat demikian. Jika begitu keadaannya, sila batalkan tempahan anda," jelas Muis lagi.

Muis juga menambah segala kos ujian yang diperlukan akan ditanggung jemaah sendiri.

Bagi senarai klinik yang diiktiraf Kementerian Kesihatan (MOH) bagi ujian ART dan PCR, lungsuri laman https://www.moh.gov.sg/ licensing-and-regulation/ regulations-guidelines-and- circulars/details/list-of- covid-19-swab-providers

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg