Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jenama FairPrice terus sediakan produk dengan harga berbaloi

May 6, 2022 | 5:30 AM
BERBALOI: Pengguna beras Thai Hom Mali, Cik Aqiesha, berkata beras itu mempunyai aroma wangi dan tidak keras setelah masak. Malah keluarganya rasa beras itu adalah dari jenama yang lebih diketahui. Antara produk jenama FairPrice lain termasuk tepung dan cemilan seperti kacang pistachio. -foto FAIRPRICE
BERBALOI: Pengguna beras Thai Hom Mali, Cik Aqiesha, berkata beras itu mempunyai aroma wangi dan tidak keras setelah masak. Malah keluarganya rasa beras itu adalah dari jenama yang lebih diketahui. Antara produk jenama FairPrice lain termasuk tepung dan cemilan seperti kacang pistachio. -foto FAIRPRICE -

JENAMA FairPrice terus menyediakan pilihan produk alternatif yang berbaloi dengan harga buat keluarga yang terpaksa mengetatkan belanjawan mereka akibat kos sara hidup yang meningkat.

Sekitar 90 peratus daripada lebih 3,200 pengguna yang ditinjau rangkaian pasar raya, bersetuju bahawa produk FairPrice didapati berbaloi dengan harga.

FairPrice ingin membantu pembeli supaya kurang mengeluarkan belanja tanpa menjejaskan mutu produk.

Produk-produk jenama FairPrice yang sesuai untuk keperluan seharian termasuk beras, cecair membersih kaca, kacang pistachio, tepung, tisu, keropok kentang, makanan sarapan dan makanan beku.

Bagi beras Thai Hom Mali, seorang pengguna bernama Aqiesha, 39 tahun, berkata:

"(Beras ini) mempunyai aroma yang wangi dan ia tidak keras (setelah masak). Keluarga saya rasa ia antara jenama yang lebih terkenal."

FairPrice juga telah menyediakan sarapan berkhasiat untuk pembeli supaya memudahkan persiapan makanan pagi terutama kini ramai yang kembali ke pejabat.

FairPrice turut mengetengahkan produk makanan dengan harga bawah $20 yang sesuai untuk santapan empat orang.

Seorang pembeli, Johnyap, 39 tahun, yang telah membeli mentega kacang jenama Fairprice berkata anak-anaknya suka memakannya, bahkan ia setanding dengan jenama-jenama lain.

Seorang lagi pembeli, Ednawxin, 39 tahun, yang telah membeli sate beku berkata ia amat sedap seperti sate yang dijual di kedai.

Butiran lanjut mengenai produk FairPrice boleh di dapati di laman www.fairprice.com.sg/events/in-store/fairprice-housebrand-roadshow.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg