Jenayah & Mahkamah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas polis dituduh kongsi maklumat portal MHA tanpa kebenaran

Jul 14, 2025 | 5:01 PM
Patrick Lim Kei Hao, MHA
Seorang pegawai penyiasat polis dituduh mengakses portal Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) tanpa kebenaran untuk mendapatkan maklumat mengenai dua individu secara berasingan pada 2023 dan 2024. - Foto fail

Seorang pegawai penyiasat polis dituduh mengakses satu sistem komputer milik Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) tanpa kebenaran untuk mendapatkan maklumat mengenai dua individu secara berasingan pada 2023 dan 2024.

Patrick Lim Kei Hao kemudian dikatakan telah berkongsi maklumat itu dengan seorang lelaki bernama, Yong Yuheng, 32 tahun, yang kini menghadapi beberapa tuduhan tertunda atas kesalahan termasuk yang dikaitkan dengan kegiatan jenayah.

Lim, 45 tahun, yang tidak lagi bekerja sebagai pegawai polis, dibawa ke mahkamah dan dihadapkan dengan dua tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan empat tuduhan menyalahgunakan sistem komputer, lapor The Straits Times.

Dalam satu kenyataan, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata dia sebelum ini disingkirkan daripada tugas barisan hadapan selepas siasatan dilancarkan ke atas kesnya.

Dia meletak jawatan daripada pasukan itu pada Jun 2024.

Dokumen mahkamah menyatakan bahawa dari sekitar Disember 2023 hingga Februari 2024, seorang wanita dikenali sebagai, Jenny Pham Thi Hue, 39 tahun, didakwa meminta Lim untuk terus berkomunikasi dengan Yong tentang maklumat yang dikaitkan dengan dua nombor telefon bimbit.

Ketika ini, Pham juga menghadapi pelbagai tuduhan yang belum selesai di mahkamah bagi kesalahan termasuk menyalahgunakan sistem komputer.

Mahkamah diberitahu, Lim didakwa mengunjungi portal komputer MHA pada 21 Disember 2023 dan menjalankan carian dengan salah satu nombor telefon untuk mengakses maklumat seorang lelaki.

Dia kemudian didakwa berkongsi nama, nombor kad pengenalan dan alamat lelaki berkenaan dengan Yong.

Pada 22 Februari 2024, Lim dikatakan melakukan kesalahan serupa membabitkan nombor telefon lain, yang dikaitkan dengan individu kedua.

Secara berasingan, Lim turut dituduh mengakses portal MHA tanpa kebenaran pada 19 kes lain antara Oktober 2022 dengan April 2024.

Dokumen mahkamah tidak mendedahkan mengapa dia didakwa berbuat demikian.

Persidangan praperbicaraannya akan diadakan pada 20 Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg