Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jepun-SG meterai memorandum pertukaran pertahanan

Jun 12, 2022 | 5:30 AM
JALIN PERJANJIAN: Menteri Pertahanan Jepun, Encik Nobuo Kishi (kiri), dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Ng Eng Hen, semalam menandatangani Memorandum Dipertingkat mengenai Pertukaran Pertahanan di Hotel Shangri-La. - Foto BM oleh GIN TAY
JALIN PERJANJIAN: Menteri Pertahanan Jepun, Encik Nobuo Kishi (kiri), dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Ng Eng Hen, semalam menandatangani Memorandum Dipertingkat mengenai Pertukaran Pertahanan di Hotel Shangri-La. - Foto BM oleh GIN TAY -

OLAH gerak yang dilakukan China dan Russia telah meningkatkan kebimbangan keselamatan di rantau Asia Timur, kata Menteri Pertahanan Jepun, Encik Nobuo Kishi, sambil menegaskan Jepun kini berada di barisan depan sedang negara-negara berjiran cuba "memutar" norma-norma antarabangsa.

"Jepun dikelilingi pelakon-pelakon yang memiliki, atau sedang membangun senjata nuklear, dan secara terbuka mengabaikan peraturan," kata Encik Kishi sempena Dialog Shangri-La yang berlangsung di Singapura.

Mei lalu, China dan Russia menjalankan rondaan udara bersama di perairan berhampiran Jepun dan Taiwan, yang pertama sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

"Operasi ketenteraan bersama antara dua kuasa tentera yang kuat ini sudah pasti akan meningkatkan kebimbangan di kalangan negara lain," katanya.

Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, menyatakan perkara yang sama dalam ucapan dasar sempena Dialog Shangri-La malam kelmarin, dengan menyatakan negaranya akan meminta peningkatan perbelanjaan pertahanan dan mungkin mencari senjata serangan lanjutan.

"Ukraine mungkin Asia Timur pada hari esok," katanya.

Menteri Pertahanan Jepun itu dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Ng Eng Hen, semalam telah menandatangani Memorandum Dipertingkat mengenai Pertukaran Pertahanan di Hotel Shangri-La.

Singapura dan Jepun juga mengumumkan permulaan rundingan mengenai Perjanjian mengenai Pemindahan Peralatan dan Teknologi Pertahanan.

Encik Kishi semalam menegaskan keselamatan dan kestabilan di Selat Taiwan juga penting bagi keselamatan Jepun.

Beliau juga menyifatkan China sebagai "negara yang membimbangkan".

Pencerobohan Russia ke atas Ukraine membimbangkan Tokyo, kerana ia memberi isyarat bahawa laluan ketenteraan boleh digunakan sebagai cara untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa dan menggalakkan China untuk mencuba dan menguasai Taiwan, yang terletak berhampiran dengan Jepun.

Dalam ucapannya, Encik Kishi turut mengkritik Korea Utara yang telah menjalankan 18 ujian peluru berpandu tahun ini, dan menegaskan rejim itu tidak boleh dibenarkan mengancam Jepun, rantau ini dan juga masyarakat antarabangsa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg