Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jet pejuang F-16 RSAF buat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi

Nov 14, 2023 | 6:28 PM
SELAMAT MENDARAT: Jet pejuang F-16 RSAF alami kerosakan dan terpaksa membuat pendaratan cemas di  Lapangan Terbang Changi.
SELAMAT MENDARAT: Jet pejuang F-16 RSAF alami kerosakan dan terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi. - Foto X TheRSAF

Kerosakan yang dialami jet pejuang F-16 telah menyebabkan juruterbang pesawat Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi pada tengah hari Selasa.

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam kenyataannya berkata, pesawat RSAF itu telah selamat mendarat di Landasan Tiga Lapangan Terbang Changi Singapura pada 12.05 tengah hari.

Tayar pesawat RSAF dikatakan pancit semasa mendarat.

Tiada orang yang cedera.

Akibat kejadian itu, Landasan Tiga ditutup sementara dan dibuka semula kira-kira 1.30 tengah hari.

Pesawat itu ditarik keluar kira-kira 1.20 tengah hari.

Sepanjang tempoh penutupan Landasan 3, tiada penerbangan dilencongkan.

Sebanyak 74 penerbangan mengalami kelewatan, secara purata, kurang setengah jam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg